Tuesday, March 1, 2011


TAJUK:
MASJID JAMEK NIBONG TEBAL,PULAU PINANG.
DISEDIAKAN UNTUK:
Ustaz Abd. Aziz b Harjin
Pensyarah CTU 151
DISEDIAKAN OLEH:
Nur Afeeqah bt Khalil
2010224276
ASD2Cn
PROGRAM:
Diploma Sains Semester 2(2011)
TARIKH HANTAR:
2 MAC 2011

ISI KANDUNGAN:
1.Isi kandungan
2.Abstrak
3.Pendahuluan
4.Maksud masjid
5.Peranan masjid
6.Aktiviti yang dijalankan di Masjid Jamek Nibong Tebal
7.Lampiran mengenai Masjid Jamek Nibong Tebal.
8.Kesimpulan dan penutup
9.Bibliografi

 ABSTRAK


Institusi masjid mempunyai peranan yang sangat besar dalam memperkasa agenda pentarbiyahan ummah. Tika kegemilangan Islam di bawah pentadbiran Rasulullah s.a.w, masjid menjadi pusat pentadbiran yang utama. Malah, masjid pada ketika itu juga turut menjadi tempat tahanan tawanan perang, tempat penyimpanan senjata-senjata peperangan dan sebagainya. Sungguh diluar hemat kita rasanya untuk menjadikan masjid sebagai markas ketenteraan pada masa kini. Sudah pasti akan dipandang hairan dan pelik. Kenapa hal sebegini berlaku? Ini kerana mentaliti umat Islam pada masa kini telah terjajah oleh pemikiran sekular sama ada dalam keadaan sedar ataupun tidak sehingga ramai dalam kalangan umat Islam sendiri pada masa kini hanya memandang masjid sebagai sebuah institusi peribadatan semata-mata. Jauh sekali sebagai sebuah institusi yang sepatutnya menjadi salah satu medan penting untuk didekati atau sebagai pelengkap dalam menjalani kehidupan seharian. Kenapa dikatakan pelengkap? Cuba kita renung kembali bagaimana Rasulullah telah mampu menjadikan masjid sebagai “One Stop Centre” bagi umat Islam di zaman baginda sehingga mampu menjadi salah satu lambang kesatuan ummah pada tika itu dan bagaimana Rasulullah s.a.w mampu menjadikan masjid sebagai medan pentarbiyahan ummah yang paling ampuh sehingga mampu membuatkan seantero dunia tidak lagi memandang enteng akan kemampuan dan kekuatan umat Islam. Hatta, setelah berkurun lama sepeninggalan bagindapun, umat Islam masih lagi digeruni terutamanya oleh para musuh Islam laknatullah. Buktinya, sehingga kini mereka sanggup berhabisan wang ringgit, tenaga masa dan menggadaikan nyawa demi untuk memikir dan merancang pelbagai agenda dan strategi untuk menghapuskan umat Islam.



PENDAHULUAN


Seperti yang di atas,tujuan saya menulis blog ini adalah untuk menyiapkan satu tugasan yang telah diamanahkan oleh pensyarah saya iaitu Ustaz Abd Aziz b. Harjin.Saya telah memilih masjid yang berdekatan dengan rumah saudara saya di Nibong Tebal,iaitu Masjid Jamek Nibong Tebal,Pulau Pinang.Saya memilih masjid ini berikutan ia menjadi sebuah tempat tumpuan sewaktu orang ramai berpusu-pusu untuk menunaikan solat lima waktu.Tambahan pula,masjid ini begitu strategik di mana kedudukannya terletak di pusat bandar.Malah,masjid ini turut menjadi tumpuan orang luar kerana berdekatan dengan stesen bas Rapid.Kemudahan serta kelengkapan yang mencukupi turut menjadi faktor prima mengapa masjid ini selalu dikunjungi orang ramai.Di sini saya sediakan beberapa lampiran mengenai masjid yang telah saya selidik.


MAKSUD MASJID
Masjid berasal daripada perkataan Arab "sa-ja-da" yang bermaksud sujud iaitu perbuatan di mana umat Islam meletakkan dahi yang mulia ke posisi yang paling rendah, separas dengan tapak kaki tempat berdiri. Maksud sujud disini ialah menyembah Allah s.w.t. Jadi masjid ialah rumah tempat menyembah Allah s.w.t. atau rumah Allah (Baitullah). Rumah Allah yang paling utama ialah Baitullah al-Haram iaitu Kaabah di Makkah al-Mukarramah. Disebut Baitullah al-Haram kerana diharamkan berperang di dalam masjid. Baitullah juga menjadi kiblat umat islam, iaitu arah menghadapkan muka dan dada ketika mengerjakan solat.

Institusi masjid merupakan satu aset penting dalam sejarah kebangkitan islam. Sebagai salah satu pusat yang berperanan penting kepada simbolik wilayah Islam, institusi masjid terus berfungsi sebagaimana fungsi - fungsinya yang universal. Dalam era globalisasi ini, fungsi dan peranan institusi masjid di tuntut supaya berperanan lebih luas sesuai dengan peredaran masa. Tidak wajar institusi masjid yang dahulunya menjadi pusat pengembangan syiar Islam dikecilkan skopnya sebagai hanya sekadar rumah ibadat semata-mata.

"Allah Subhanahu Wa Ta'ala menjanjikan ganjaran yang besar bagi sesiapa yang membangunkanmasjid. Rasulullah SAW bersabda : ' Barangsiapa telah membangunkan masjid kerana Allah SWT, maka Allah akan membangunkannya  rumah di Jannah ( syurga)."





PERANAN MASJID

  1. PUSAT PEMBANGUNAN ISLAM
    Institusi Masjid haruslah dijadikan sebagai sebuah pusat perkembangan dan pembangunan Islam, di mana segala-galanya bermula dan berkembang dari masjid.

  1. MASJID SEBAGAI LAMBANG KEAGONGAN ISLAM
    Sebagai lambang kesyumulan Islam, makan setiap projek bandar baru, kawasan perumahan, perhotelan dan kompleks perniagaan haruslah dimulakan dengan pembinaan masjid atau jika kawasan itu adalah kawasan lama, maka kawasan itu haruslah mempunyai masjid untuk menarik lebih ramai orang Islam bertumpu ke tempat itu.

  1. PUSAT PERCAMBAHAN ILMU
    Institusi Masjid haruslah dijadikan tempat percambahan ilmu, dimana masjid haruslah mempunyai perpustakaan yang lengkap bukan sahaja membekalkan buku-buku agama , tetapi juga buku yang berkaitan dengan ibadah dan muamalah.Pembinaan perpustakaan mini boleh menarik minat orang ramai untuk berkunjung ke masjid lagi.Begitu juga buku mengenai ilmu sosial, ekonomi, politik dan sebagainya haruslah diletakkan di dalam perpustakaan masjid.Buku-buku ini boleh didapati secara mudah dan murah sekiranya pemimpin masjid itu sanggup meminta dari badan-badan tertentu seperti Dewan bahasa dan pustaka, syarikat percetakan dan sebagainya.

  1. PUSAT TAMADUN ISLAM
    Institusi Masjid haruslah dijadikan sebagai pusat tamadun Islam, maka roh Islam di zaman kegemilangan dan keagongan Islam boleh dikembalikan dan dikekalkan untuk diwarisi oleh generasi terkemudian.masjid haruslah mempunyai satu ruang yang mencukupi untuk melambangkan keagongan, kemegahan tamadun Islam di zaman lampau terutama sekali dalam pencapaian Ilmu Perubatan, sains, dan sebagainya.

  1. PUSAT PERCAMBAHAN FIKIRAN
    Institusi Masjid haruslah dijadikan sebagai tempat untuk mempercambahkan fikiran dengan adanya dialog, ceramah, seminar dan sebagainya.Kumpulan-kumpulan kecil bolehlah ditubuhkan untuk menggunakan masjid sebagai tempat untuk mempertingkatkan pemikiran dan menajam akal.

  1. RUMAH SUCI
    Institusi Masjid ialah sebuah tempat suci yang menjadi tunjang kesucian Islam tanpa dinodai oleh anasir-anasir negatif yang bertentangan dengan ajaran Islam yang berlaku bukan sahaja dalam kawasan masjid, tetapi juga dalam mukim atau daerah di mana masjid itu terletak.

  1. PUSAT PENJAGAAN AYAT-AYAT SUCI
    Institusi Masjid boleh dijadikan tempat untuk menjaga bacaan ayat-ayat suci. Rakan Masjid sepatutnya didedahkan kepada peluang untuk menjadi Imam yang boleh memperdengarkan suara mereka. Kalaulah Imam dapat berundur dalam sehari untuk memberi laluan kepada mereka yang berbakat untuk menjadi Imam, kemudian Imam boleh menegur mereka yang membuat kesilapan dalam membaca terutama dalam Tajwid.Amatlah bertepatan dengan konsep Institusi Masjid sebagai penjaga bacaan ayat-ayat suci.

  1. PUSAT BELAJAR AL-QURAN DAN TAFSIRNYA (ULUM AL-QURAN)
    Kebanyakan masjid telah digunakan sebagai pusat pembelajaran Al-Quran .Amalan ini haruslah diteruskan tetapi ada baiknya jika kita menambah amalan yang bukan sahaja setakat mengajar Al-Quran kepada anak-anak, tetapi juga menerangkan maknanya atau diberi tafsiran Al-Quran kepada mereka supaya sendiri membaca ayat-ayat suci.

  1. PUSAT PENDIDIKAN
    Institusi masjid haruslah dijadikan sebagai pusat pendidikan di mana anak-anak serta keluarga dapat dididik di masjid.Masjid juga boleh dijadikan sebagai pusat pengukuhan ilmu.

  1. PUSAT PENGISIAN JIWA
    Institusi Masjid haruslah dijadikan sebagai pusat pengisian dalam ertikata yang luas:Pusat Pengisian Kemerdekaan, Pusat Pengisian Rohani, Pusat Pengisian Ilmu dan sebagainya.

  1. PUSAT PENGUKUHAN IMAN DAN TAQWA
    Institusi Masjid haruslah dijadikan pusat pengukuhan iman dan taqwa serta pusat pengukuhan rohani.

  1. PUSAT PELENGKAP
    Tiap-tiap orang kanak-kanak adalah didedahkan kepada pendidikan di rumah dan kemudiannya di sekolah.Institusi Masjid bolehlaH dijadikan pusat pelengkap adab, sopan-santun dan sebagainya.Dengan kata lain,Institusi Masjid bolehlah dijadikan "finishing school".

  1. PUSAT SANTAPAN ROHANI 
    Institusi Masjid haruslah dijadikan sebagai pusat santapan rohani bagi penduduk mukim dan daerah, sekurang-kurangnya buat permulaan.Masjid daerah haruslah d reka dapat menghayati kesucian Islam.

  1. PUSAT EKONOMI
    Masjid haruslah terletak di dalam satu kawasan yang luas, di mana di sekelilingnya hendaklah dipenuhi dengan aktiviti ekonomi dan sosial.Kedai adalah merupakan aktiviti ekonomi yang digalakkan oleh Islam.Oleh itu, masjid haruslah mempunyai kedai atau bazar yang menjual beraneka keperluan masyarakat.Selain dari itu, kedai cenderamata yang menjual artifak yang ada hubungannya dengan mukim.




Masjid nibong tebal ini telah dirasmikan pada 10 Safar 1387 bersamaan 19 Mei 1967 oleh Tun Haji Razak Bin Hussein iaitu Timbalan Perdana Menteri Malaysia.




Mimbar-tempat Imam memberikan khutbah Jumaat






 Senarai jawatankuasa yang memainkan peranan yang penting dalam institusi masjid ini.Berperanan dalam mengatur aktiviti yang menarik untuk para penduduk di kawasan tersebut.





Kawasan para jemaah mendirikan solat lima waktu yang dituntut.


 


Perpustakaan mini yang disediakan di Masjid Jamek Nibong Tebal.Pulau Pinang.
Antara keistimewaan yang terdapat di masjid ini adalah perpustakaan mini. Disini kanak-kanak boleh meminjam atau membaca buku. Walaupun tempatnya terhad dan agak kecil namun ia mampu meyumbatkan beberapa buah buku islamiah dan kisah-kisah nabi.

 Urusan peminjaman boleh dilakukan pada setiap hari isnin, selasa dan rabu selepas solat mahgrib.



 

 Antara rak-rak yang telah disediakan untuk meletak Al-Quran.Para jemaah boleh membaca Al-Quran sambil menuggu masuknya waktu solat.





Senarai Iman yang terlibat:
Imam 1- Haji Zakaria Bin Haji Keh
Imam 2- Haji Samad Bin Haji Mokhtar
Imam 3- Haji Halim Bin Haji Roslan



Pengurus dan jemaah nazir :
1. Haji Hanapiah
2. Haji Osman
3. Haji Hassan
4. Haji Jaafar
5. Haji Osman Ahmad





Masjid seharusnya mampu untuk memainkan peranan sebagai sekolah kedua remaja, di mana di sini remaja akan di tarbiyah pada aspek jasadiyah dan kerohanian. Apakah yang dimaksudkan sebagai sekolah kedua ini?
Antara yang boleh dilakukan ialah, mengadakan program-program motivasi atau muhasabah yang sesuai untuk kalangan remaja, menganjurkan aktiviti-aktiviti seperti ekspidisi, perkhemahan, olahraga, program-program hiburan dan kesenian islam dan sebagainya. Selain daripada itu, pihak pentadbiran masjid boleh menubuhkan satu kelab khas untuk remaja-remaja masjid. Memanfaatkan tenaga dan idea remaja dalam menganjurkan aktiviti-aktiviti dan program-program masjid. Dengan ini, remaja-remaja akan merasakan 
bahawa diri mereka juga mempunyai kepentingan dalam mengimarahkan masjid di tempat masing-masing. 



Justeru itu, institusi masjid perlu memainkan peranan semaksimum mungkin dalam usaha untuk menjadikannya sebagai sekolah kedua remaja atau khususnya lagi, sebagai medan pentarbiyahan jasadiyah dan kerohanian remaja agar hasil daripada tarbiyah yang telah diterima akan mampu menjadi perisai kepada remaja untuk menangkis setiap panahan cabaran dalam melalui mehnah dan tribulasi kehidupan pada masa yang mendatang.Contohnya,mendirikan perpustakaan mini di kawasan masjid.Tetapi perlu dipastikan tidak menganggu program-program lain yang dijalankan di masjid tersebut.




Selain itu, mengadakan program-program motivasi atau muhasabah yang sesuai untuk kalangan remaja, menganjurkan aktiviti-aktiviti seperti ekspidisi, perkhemahan, olahraga, program-program hiburan dan kesenian islam dan sebagainya. Selain daripada itu, pihak pentadbiran masjid boleh menubuhkan satu kelab khas untuk remaja-remaja masjid. Memanfaatkan tenaga dan idea remaja dalam menganjurkan aktiviti-aktiviti dan program-program masjid. Dengan ini, remaja-remaja akan merasakan bahawa diri mereka juga mempunyai kepentingan dalam mengimarahkan masjid di tempat masing-masing.Antara aktiviti yang dijalankan oleh Masjid Jamek Nibong Tebal,Pulau Pinang:




·  Kelas mengaji Al - Quran
  • Kebanyakan masjid telah digunakan sebagai pusat pembelajaran Al-Quran .Amalan ini haruslah diteruskan tetapi ada baiknya jika kita menambah amalan yang bukan sahaja setakat mengajar Al-Quran kepada anak-anak, tetapi juga menerangkan maknanya atau diberi tafsiran Al-Quran kepada mereka supaya sendiri membaca ayat-ayat suci.
  • Tidak terhad kepada kanak-kanak. Golongan dewasa juga boleh menyertai kelas ini. Hanya yuran pendahuluan sahaja yang dikenakan.
  • Kelas ini diadakan pada setiap hari jumaat, sabtu dan ahad iaitu pada pukul 5.00 hingga 6.15 petang. 
·  Memberikan Kaunseling / ceramah
  • Institusi Masjid haruslah dijadikan sebagai tempat untuk mempercambahkan fikiran dengan adanya dialog, ceramah, seminar dan sebagainya.Kumpulan-kumpulan kecil bolehlah ditubuhkan untuk menggunakan masjid sebagai tempat untuk mempertingkatkan pemikiran dan menajam akal.
  • Setiap ceramah akan disampaikan oleh penceramah-penceramah yang terdiri antara imam-imam masjid atau dijemput dari luar.
  • Orang ramai yang mempunyai masalah ataupun kemusykilan agama boleh mendapatkan kaunseling di masjid ini.
·  Mengadakan Gotong- royong
  • Gotong-royong akan diadakan pada setiap hujung minggu ataupun ketika mengadakan majlis-majlis tertentu.
·  Qiamulail
  • Qiamulail biasanya akan diadakan pada hari sabtu malam ahad. Kebanyakan golongan dewasa yang akan menyertai solat sunat ini. 
  • Kadangkala sesetengah sekolah juga akan mengadakan qiamulail di masjid ini dengan bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dengan pihak masjid.
·  Mendengar kuliah selepas solat mahgrib atau subuh
  • Sementara mengisi masa yang terluang, biasanya imam-imam di masjid akan memberikan kuliah-kuliah kepada para jemaah mengenai isu-isu semasa.
·  Tadarus Al-Quran
  • Jika terdapat majlis-majlis tertentu yang akan diadakan, biasanya pihak masjid akan mengadakan tadarus Al-Quran untuk kanak-kanak dan golongan dewasa.
·  Mengutip derma untuk anak-anak yatim
  • Pihak masjid akan menyediakan tabung khas untuk mengutip derma dan diberikan kepada anak-anak yatim. 
·  Memberikan kursus-kursus khas
  • Antara kursus-kursus yang dijalankan pengurusan jenazah, haji & umrah dan lain-lain lagi.
·  Kelas fardhu ain
  • Tiap-tiap orang kanak-kanak adalah didedahkan kepada pendidikan di rumah dan kemudiannya di sekolah.Institusi Masjid bolehlaH dijadikan pusat pelengkap adab, sopan-santun dan sebagainya.Dengan kata lain,Institusi Masjid bolehlah dijadikan "finishing school".Kebanyakan masjid telah digunakan sebagai pusat pembelajaran Al-Quran .Amalan ini haruslah diteruskan tetapi ada baiknya jika kita menambah amalan yang bukan sahaja setakat mengajar Al-Quran kepada anak-anak, tetapi juga menerangkan maknanya atau diberi tafsiran Al-Quran kepada mereka supaya sendiri membaca ayat-ayat suci.  
  •  
     
     
      



   





Andai pada zaman Rasulullah s.a.w dahulu masjid mampu menjadi sebuah institusi pembangunan sumber manusia yang produktif , tidak mustahil institusi masjid yang sedia ada pada masa kini juga mampu untuk menjadi sebuah institusi pembangunan modul insan yang inovatif. Namun, janganlah disempitkan peranan yang boleh dimainkan oleh sesebuah institusi masjid tersebut kerana Rasulullah s.a.w semdiri telah memberikan teladan kepada umatnya bagaiman dan sejauh mana sebenarnya peranan yang boleh dimainkan oleh sesebuah institusi masjid.

Bukanlah bermakna untuk mengambil alih semua peranan institusi-institusi lain, tetapi disinilah sebenarnya kayu ukur kepada sejauh mana kita mampu untuk menguruskan sumber manusia yang kita ada untuk meneruskan gerak kerja menegakkan syiar Islam pada masa mendatang. Disinilah juga sebenarnya, tempat terbaik untuk mentarbiyah ‘produk’ muslim kerana masjid merupakan tempat yang dirahmati Allah, rumah Allah dan taman-taman syurga-Nya di dunia.

Firman Allah s.w.t ;
“ Sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta (tetap) melaksanakan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada apa pun) kecuali kepada Allah. Maka mudah-mudahan mereka termasuk orang-orang yang mendapat petunjuk..”
( Surah At-Taubah : Ayat 18 )




BIBLIOGRAFI
Haji Zakaria b Haji Keh(Imam Masjid Jamek Nibong Tebal)
Encik Elyas b Haji Samsuddin
Majalah solusi
http://www.google.com

Sekian terima kasih...........